REFLEKSI DIRI
Saya Muhamad Qamarul Arsyad bin Mohd Hazani merupakan seorang pelajar course Diploma in Creative Digital Media Production (DCD) di Kolej Profesional MARA Indera Mahkota, Kuantan, Pahang. Saya disini ingin menceritakan pengalaman saya sepanjang semester 2 ini dalam mempelajari subjek KQK 1051. Saya merupakan pelajar daripada kelas DCD 2C.
Sebelum saya bermula, saya terlebih dahulu ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah saya, Puan Nor Shariha binti Abdul Yazid kerana membantu kami para pelajar dalam menyiapkan tugasan yang telah diberikan. Seterusnya, saya ingin berterima kasih kepada rakan-rakan saya yang banyak membantu dan memberikan nasihat kepada saya semasa menyiapkan tugasan. Puan Shariha memberikan tiga tugasan kepada kami.
Tugasan pertama saya adalah secara berindividu. Tugasan Pertama kami adalah membuat poster berkaitan tajuk kesihatan yang telah disenaraikan. Tajuk tidak boleh sama. Poster saya adalah tentang Kesihatan Mental.
Seterusnya, Tugasan Kedua kami adalah untuk membuat pembentangan berkaitan tajuk yang sudah dipilih. Selepas selesai, kami dikehendaki untuk membentangkan tajuk kepada semua orang di dalam teams.
Akhir sekali, Tugasan terakhir adalah secara berkumpulan. Pelajar setiap kelas dikehendaki untuk membentuk 2 kumpulan setiap kelas. 1 kumpulan seramai 10 ahli dan satu lagi seramai 7 ahli. Tugasan terakhir kami adalah untuk membuat satu video Aerodance yang mempunyai gerakan tarian dan senaman mengikut lagu dan rentak musik. Saya dan rakan-rakan dikehendaki untuk merakam video tersebut selama 10 minit. Kami melakukan sehabis mungkin untuk memantapkan lagi video Aerodance itu agar pensyarah dapat memberi penilaian yang tinggi.
Kesimpulannya, melalui KQK ini, saya dapat melihat dengan jelas kelebihannya. Tugasan pertama mengajar saya untuk menjadi lebih kreatif dalam mereka sesuatu. Tugasan kedua pula mengajar saya untuk menjadi lebih berani dan yakin semasa membentangkan sesuatu. Tugasan tiga pula mengajar saya untuk menjadi lebih sihat dan aktif.
Akhir kata, dengan melakukan tugasan ini, ianya dapat dijadikan refleksi diri buat saya untuk menjadi lebih yakin dan bersungguh-sungguh menjalankan tugasan di masa akan datang. Sekali lagi, terima kasih buat Puan Shariha kerana banyak membantu saya sepanjang pembelajaran KQK 1051 ini.
Sekian, Terima Kasih!
Comments
Post a Comment